Tuesday, August 22, 2017

Sejarah Sekolah



LATAR BELAKANG
Bangunan lama sekolah ini yang didirikan pada tahun 1935 oleh Rev. Bro.I.J. Aloysius adalah pada asalnya sebuah Gereja yang digunakan sebagai tempat beribadat penganut-penganut yang beragama Kristian di kawasan Ayer Tawar. Mulai tahun 1937 bangunan ini bukan sahaja digunakan sebagai tempat beribadat, bahkan juga sebagai Sekolah Tamil untuk menampung keperluan pendidikan kanak-kanak kaum India di sekitar pekan Ayer Tawar.


TAHUN 1937 HINGGA TAHUN 1946

Pada tahun 1937 maka lahirlah sebuah Sekolah Tamil yang diberi nama SRJK ( T ) St. Theresa, Ayer Tawar. En.V.Michael dilantik sebagai Guru Besar pertama dengan bilangan murid 43 orang.  Kemajuan sekolah ini tergendala pada masa Perang Dunia Kedua iaitu antara tahun 1944 - 1946. En.V.Michael bertugas sebagai Guru Besar Pertama dari tahun 1937 hingga tahun 1943 di sekolah ini.


TAHUN 1947 HINGGA TAHUN 1950

Pada tahun 1947 sekolah ini bernafas kembali dan En.M.Sinnappan dilantik menjadi Guru Besar yang kedua.  Bilangan murid bertambah sedikit hingga menjadi 49 orang.En.M.Sinnappan bertugas sebagai Guru Besar Kedua dari tahun 1947 hingga tahun 1951 di sekolah ini.


TAHUN 1951 HINGGA TAHUN 1978

En. Dominic Devasi turut menyumbangkan tenaganya sebagai Guru Besar yang ketiga mulai tahun 1951 hingga 1978.  Sejak tahun 1951 hingga 1978 bilangan murid bertambah dari 64 orang ke 132 orang murid dan tenaga guru pula meningkat dari 2 orang guru pada tahun 1960 hingga 5 orang pada 1978. En.Dominic Devasi bertugas sebagai Guru Besar ketiga dari tahun 1951 hingga tahun 1978 di sekolah ini.


TAHUN 1978 HINGGA TAHUN 1989
Kedatangan En. Joseph Ratnam PJK sebagai Guru Besar yang keempat pada hujung tahun 1978 merupakan satu zaman keemasan dalam sejarah sekolah ini. Sejak beliau memegang jawatan sebagai Guru Besar bilangan murid dan guru terus bertambah setiap tahun. Dari tahun 1978 hingga 1983 bilangan murid menigkat dari 132 orang ke 232 orang.  Disamping itu, pada tahun 1980 seramai 27 orang murid ditempatkan di sekolah ini setelah SRJK ( T ) Ladang Wellington ditutup. Bangunan sekolah lama ini tidak dapat memuatkan bilangan murid yang bertambah ini.  Beberapa buah kelas terpaksa diadakan di Dewan Kuil Sri Krishnar yang berhampiran untuk menampung kekurangan di bilik darjah.

Memandangkan perkembangan pesat sekolah ini, maka Guru Besar En. Joseph Ratnam PJK dengan kerjasama PIBG, MIC dan penduduk tempatan telah merayu kepada Kementerian Pendidikan supaya mendirikan sebuah bangunan baru. Pada tahun 1984, mimpi kaum India di kawasan Ayer Tawar untuk mendapatkan bangunan baru yang lengkap menjadi kenyataan apabila sebuah sekolah baru atas nama SRJK ( T ) Ayer Tawar disiapkan dengan bantuan penuh Kerajaan Malaysia.

Murid-murid dan Guru-guru dari SRJK ( T ) St. Theresa berpindah ke bangunan baru yang mula dikenali sebagai SRJK ( T ) Ayer Tawar pada  03.01.1984. Sejak tahun 1978 hingga 1988, dalam tempoh masa yang singkat ini, bilangan murid telah bertambah dari 132 orang hingga ke 443 orang.  Bilangan guru juga turut meningkat dari 5 orang hingga ke 21 orang.Atas daya usaha dan kebijaksanaan Bekas Guru Besar, En. Joseph Ratnam PJK maka sekolah ini dapat memperoleh sebuah Dewan rekreasi yang bernilai RM130,000.00.  Pada tahun 1985 seorang hartawan tempatan En. Chan Sing Tiek telah mendermakan sebuah Dewan atas nama bapanya mendiang En. Chan Han Boon.  Kaum India di kawasan Ayer Tawar berhutang budi kepada En. Chan Sing Teik.

Pada penghujung tahun 1988,sekolah ini mempunyai 443 orang murid dan 21 orang guru. Oleh kerana bilik darjah tidak mencukupi untuk menampung kesemua murid sekolah,maka persekolahan dua sesi terpaksa diadakan.Pada tahun 1989 juga,sekolah ini dinaikkan taraf dari Gred C ke Gred B. Pada tahun 1989 En. Joseph Ratnam PJK telah ditukarkan ke SRJK ( T ) Ladang Changkat Salak selepas berkhidmat selama 11 tahun sebagai Guru Besar di sekolah ini. Beliau bertugas sebagai Guru Besar keempat dari tahun 1978 hingga tahun 1989 di sekolah ini.


TAHUN 1989 HINGGA TAHUN 1997
En. A. Paul Raj telah mengambil alih tempat beliau sebagai Guru Besar yang kelima sekolah ini mulai dari 16.05.1989.Pada masa ini bilangan murid adalah 447 orang dan 21 orang guru.  Bilangan kakitangan bukan guru adalah 3 orang. Selepas 2 tahun, pada hari ini bilangan murid telah meningkat lagi ke 570 orang dan bilangan guru bertambah ke 28 orang. Di samping ini 5 orang kakitangan bukan guru juga berkhidmat di sekolah ini.Masalah debu dari jalan tanah merah berhampiran sekolah telah berlarutan beberapa tahun.

Masalah ini telah menjadi rumit tahun demi tahun dan mula mengganggu kesihatan murid dan keindahan bangunan dan kawasan sekolah. Pihak sekolah telah berusaha sedaya upaya untuk mengatasi masalah tersebut dan pada akhir tahun 1990 pihak sekolah berjaya membina jalan bertar ( premis ) dengan kos RM30,000.00. Dengan pembinaan jalan tersebut, maka masalah debu telah diatasi dan kesihatan murid terjamin. Kekurangan bilik darjah juga telah menjadi satu masalah. 

Pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk menambahkan bilik darjah dan akibat usaha tersebut, 3 buah bilik darjah dengan kos RM35,000.00 telah dibina pada awal tahun 1991. Dengan pembinaan bangunan tambahan ini bilangan kelas sesi pagi dapat ditambah ( 10 buah kelas di sesi pagi dan 5 kelas di sesi petang ). Pada 01.03.1997 En. A. Paul Raj telah ditukarkan ke SJK ( T ) Sungai Pari, Ipoh,Perak. En.A.Paul Raj bertugas sebagai Guru Besar kelima dari tahun 1989 hingga tahun 1997 di sekolah ini.


MAC TAHUN 1997 HINGGA MAC TAHUN 2003

En. Habibullah bin Mydin PJK dari Daerah Batang Padang telah dilantik sebagai Guru Besar di SJK ( T ) Ayer Tawar mulai 01.03.1997. Mulai dari tarikh ini SJK ( T ) Ayer Tawar telah maju dengan pesatnya dari segi Kurikulum dan Kokurikulum. Hasil daya usaha Guru Besar En.Habibullah bin Mydin PJK dan guru-guru pencapaian kurikulum dan Kokurikulum telah meningkat ke peringkat yang membanggakan. Jumlah murid pada tahun 2002 ialah 605.  Sebuah Makmal Komputer telah dibina pada tahun 2002 dengan 20 buah Komputer. dan bangunan untuk Pra Sekolah telah diubahsuai dan kelas Pra Sekolah  bermula pada 06.01.2003. Sekolah telahpun dinaikkan taraf lagi ke Gred A. Keputusan UPSR pun telah meningkat ke tahap kebangsaan.Guru Besar En.Habibullah bin Mydin PJK  bersara pada 07.03.2003. En.Habibullah bin Mydin PJK bertugas sebagai Guru Besar keenam dari 01.03.1997 hingga 07.03.2003 di sekolah ini.


MAC TAHUN 2003 HINGGA FEBRUARI TAHUN 2007
Selepas En.Habibullah bin Mydin PJK  bersara tugas beliau diambil alih oleh Guru Besar baru En.N.Nallappan mulai 8.3.2003. Bilik Komputer yang lama dijadikan Bilik Akses dengan 10 buah Komputer. Pada masa kepimpinan beliau, salah seorang murid dari sekolah ini  yang bernama Palanikumar a/l Sinnasamy  telah mencapai keputusan cemerlang kebangsaan  dalam peperiksaan UPSR tahun  2005. Pada 08.02.2007 beliau bersara.En.N.Nallappan bertugas sebagai Guru Besar ketujuh dari 08.03.2003 hingga 08.02.2007 di sekolah ini.


OGOS TAHUN 2007 HINGGA KINI
Selepas En.N.Nallappan bersara,tugas beliau diambil alih oleh Guru Besar baru En.S.Munuyandi mulai 01.09.2007. Pada pilihan raya umum yang ke - 12 Dato’ Seri Dr.Lim Keng Yaik telah mengumumkan kerajaran meluluskan peruntukan sebanyak 12 juta untuk bangunan tambahan. Dalam pentadbiran beliau,Sistem bekalan elektrik sekolah telah diubahsuai dengan lengkap dan sempurna. Pengubahsuaian Pejabat Sekolah telahdilakukan pada tahun 2008 dan Bilik Guru dalam tahun 2009. Dalam tahun 2009 juga,sebuah bilik darjah telah diubahsuai menjadi Bilik Pemulihan Khas. Hasil usaha pihak pentadbiran sekolah dan PIBG Sekolah pada tahun 2014 sebuah bangunan gantian tambahan 4 tingkat telah siap dibina dengan pelbagai kemudahan. Pada 12 Mei 2014 sekolah telah bermula dalam satu sesi. Guru Besar En.S.Munuyandi telah bersara pada 13.07.2015. En.S.Munuyandi bertugas sebagai Guru Besar kelapan dari 16.08.2007 hingga 13.07.2015 di sekolah ini.


NOVEMBER TAHUN 2015 HINGGA KINI
Selepas En.S.Munuyandi bersara, En.E.Aramugam telah mengambil alih tempat beliau sebagai Guru Besar yang kesembilan sekolah ini mulai dari 25.11.2015.

SENARAI NAMA GURU BESAR YANG TELAH BERKHIDMAT 
DI SJK ( TAMIL ) AYER TAWAR
BIL
NAMA GURU BESAR
TEMPOH BERKHIDMAT
01
EN.V.MICHEAL
TAHUN 1937 HINGGA TAHUN 1946
02
EN.M.SINAPPAN
TAHUN 1947 HINGGA TAHUN 1950
03
EN.DOMINIC DEVASI
TAHUN 1951 HINGGA TAHUN 1978
04
EN.JOSEPH RATNAM PJK
TAHUN 1978 HINGGA TAHUN 1989
05
EN.A.PAUL RAJ
TAHUN 1989 HINGGA TAHUN 1997
06
EN.HABIBULLAH BIN MYDIN PJK
01.03.1997 HINGGA 07.03.2003
07
EN.N.NALLAPPAN
08.03.2003 HINGGA 08.02.2007
08
EN.S.MUNUYANDI
16.08.2007 HINGGA 13.07.2015
09
EN.E.ARAMUGAM
 25.11.2015 HINGGA KINI


1 comments: